Tuesday, June 30, 2009

CINTA





CINTA IBARAT AIR,
KASIH SAYANG UMPAMA AIR,
SETIAP ORANG MENDAHAGAKANNYA
TETAPI ANDA BOLEH LEMAS
JIKA CINTA DIJALIN UMPAMA AIR LAUTAN

LAGI2 MAJLIS KAWIN

ni plak majlis perkahwinan
member zaman sekolah rendah aku. pizah (anak maklang) ngan wan (budak melaka).SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Wednesday, June 24, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN

pada 06.06.09 haritu kawan baik aku n suami zarul nizam @ adik mat telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanie dari penang(kawan seuniversiti dia dulu kat uum). untung la si wanie tu dapat adik mat..sekenal aku la adik mat ni la satu2nya lelaki yang baik dari zaman sekolah dulu sampai la ni.xpenah ada girlfriend, xpenah sakitkan hati orang,xpenah kacau orang n xambik tau hal2 orang.MOGA JODOH KALIAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT.



Tuesday, June 23, 2009

ABAH DINIE & ADIK AYOI

PEKERJA TEKUN NI LA ABAH DINIE N ADIK AYOI.
SELAMAT HARI BAPA BUAT SUAMI TERSAYANG. TERIMA KASIH KERANA MENJADI ABAH YANG PENYAYANG BUAT ANAK2 KITA. JADILAH ABAH YANG HEBAT BIAR ANAK2 TERTAMBAT.

SELAMAT HARI BAPA

gambar di sebelah kanan tu la my hero dunia akhirat. ayah aku la tu masa dia zaman teruna. ayah aku tu seorang yang garang gila gua cakap lu..waktu aku kecik2 dulu la tapi karang ni dak dah..aku sayang bangat ayah aku, bila aku ingat ayah je rasa sebak tetiba. dulu sebelum aku lahir ayah aku masuk askar wataniah bila tok wan aku sakit ja ayah aku tak jadi sambung lalu brhenti ja. pastu mula la hidup dia keja sebagai pekerja buruh binaan. walaupun waktu tu gaji ayah tak seberapa tapi dia masih mampu lagi nak tunaikan permintaan aku.maklum la anak aku ni anak pertama mintak apa pun mesti dapat. sampai la sekarang dia masih lagi keja bidang tu tapi naik sikit la pangat jadi tukang rumah. kalau orang nak buat rumah ka nak tambah rumah ka depa mai la cari ayah aku. macam2 peristiwa menyedihkan berlaku. ada 1 masa ayah aku balik rumah dengan kepala berdarah terjatuh dari alang kena paku, kaki luka, tangan bengkak sebab terjatuh alang tapi ayah tetap sabar cari rezeki untuk kami terus sekolah. ayah harapkan aku jadi seorang guru,dan aku nekad aku akan jadi apa yang ayah mau .hasil dari titik peluh ayah yang penuh berkat aku dah pun dapat jadi apa yang ayah cita2kan. TERIMA KASIH AYAH. SEMOGA AYAH SIHAT DAN DIPANJANGKAN UMUR.

Friday, June 19, 2009

SEPETANG DI TASIK MELATI


satu hari anak aku si abang tu sibuk la nak naik bot.Jadi hari tu abah dia pun ajak la pi Tasik Melati naik bot yang kayuh tu. bukan main seronok lagi depa tu nak naik bot mesti abang ngan adik dok terbayang naik bot besar cam dalam tv tu. sampai ja kat tasik masing2 dah xsabar2 nak naik bot.si abang la yang teruja sangat tu sampai nak nangis2 tengok bot dah habis. dapat ja naik bot apa lagi mula la aku n abah dia mengayuh, asal berhenti ja si abang marah"angan la enti, ayuh agi abah" apa lagi nak jaga hati si anak2 abah ngan ibu depa la kena ikut. si adik tu dalam 5 minit ia rileks ja,mau ja dok diam sebab adik memang tak pernah dok diam. aku ngan hubby cakap la yang boleh la kita naik lagi pasni dah adik mau dok diam. habis ja ayat terakhir tu terus dia gelisah dah nak bangun. jenuh berkayuh kami nak cukupkan 30 minit.tapi apa yang penting "kejesame". hehe. yang penting adik ayoi n abang dinie happy.





Thursday, June 18, 2009

CIPTAANKU


LIRIK LAGU INI KHAS UNTUK INSAN TERSAYANG...
kita bertemu tanpa diduga
dalam kekurangan kita bercinta..
kau dan aku saling memerlukan
untuk melupakan cinta yang lalu...
dalam kecewa kita mencuba
menerima takdirnya..
kadang terlupa ada yang terkilan
namun hidup mesti diteruskan...
kini..kau dan aku telah disatukan
biarpun pengalaman menjadi pengajaran..
lumrah hidup kita ada derita sebelum bahagia..
padaMu Tuhan aku memohon
satukan hati kami berdua
agar sinar bahagiakan kembali...
dicipta oleh : e-da

CERIAKAN HARIMU...




KEKADANG KITA NI MOODY ADA JA KAN NAK MARAH ORANG WALAUPUN ORANG TU TAKDA BUAT SALAH PUN KAT KITA.. SAMPAI ADA ORANG KATA 'PAHAL DIA NI?' N MCM2 LAGI. APA NAK BUAT JIKA KITA NAK SANGAT COVER SEDIH, MARAH, GERAM KAT HATI NI? KALAU AKU LA...PAGI2 JE AKU DAH TEST SENYUM SORANG2 KAT CERMIN (CAM ORG GILA JA KAN) KALAU NAK CERIA MESTI ADA GILA2. PASTU CAKAP LA KAT CERMIN TU CAM CKP DENGAN KLIEN, PENUH DENGAN GAYA WALAUPUN GIGI BELUM BERGOSOK..HEHE.

PASTU BILA DAH SAMPAI TEMPAT KEJE USIK LA MEMBER2 BAGI DEPA GELAK AUTOMATIK KITA PUN AKAN SERONOK. CAM AKU CIKGUKAN, BILA BUDAK2 LALU JA DEPAN AKU, AKU PEKENA DEPA KADANG2 AKU KATA DUIT DEPA JATUH LA, AUTOMATIK SYUT...DEPA KALUT CARI DUIT TU. BILA SEDAR AKU PEKENA DEPA MASING2 GELAK LA. SECARA TAK LANGSUNG HUBUNGAN AKU NGAN ANAK MURID AKU PUN RAPAT CAM GAM NGAN KERTAS. KALAU KAT KELAS LAK BILA TENGOK ANAK2 MURID AKU KUSYUK SANGAT BAGI PERHATIAN AKU BALING LA APA2 BAGI DEPA TERKEJUT. MACAM2 DEPA KATA KAT AKU."CIKGU NI JAHAT LA..."TAPI DENGAN MANJA LA... ALHAMDULILLAH APA YANG AKU DAH BUAT NI MEMANG MENDATANGKAN HASIL, AKU TAK RASA SUNYI SEBAB SETIAP MASA ADA JA BUDAK2 NAK DOK DALAM BILIK MUZIK AKU NI. PANTANG TAK DA CIKGU MASUK KELAS DEPA MAI KAT AKU KADANG2 LETIH JUGA MELAYAN DEPA TAPI AKU BAHAGIA CAMNI.ADA JA NAK LUAHKAN PERASAAN KAT AKU, ADA YANG LENTOKKAN KEPALA KAT AKU CAM ANAK NGAN MAK GITU TAPI JANGAN SAMPAI PIJAK KEPALA AKU DAH ...TU YANG AKU HANGIN 1 BADAN.

Wednesday, June 17, 2009

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL..


HARGAILAH SETIAP PENBERIAN ALLAH PADA KITA KERANA IA ADALAH AMANAH YANG TAK MUNGKIN DIMILIKI OLEH ORANG LAIN. SENTIASA BERSYUKUR DAN MENGHARGAI APA YANG ADA WALAUPUN IA TAK SEINDAH KITA IDAMKAN.

MUHAMMAD DINIE FAKHRULLAH

inilah adik @Ayoi. sentiasa ceria dan aktif. dilahirkan Di Hospital Tengku Fauziah pada 15 Januari 2008. kalau bercerita tentang pengalaman bersalin adik lak memang banyak bezanya dengan abang. adik ni susah sikit sampai kena paksa baru nak kua agaknya dia suka dok kat dalam perut lagi la kan...13 Januari aku dah turun tanda pastu terus pi check klinik apa lagi kena la bawak aku pi hospital naik ambulans. bukannya sakit pun tapi ambulans tu bawak laju sangat macam dah kritikal sangat. nak tergelak pun ada bila tengok kereta2 yang dengar siren ambulans semuanya cepat2 ketepi jalan. sampai ja kat wad aku diperiksa. aku langsung tak sakit. 2 hari aku makan tido kat wad jadi boring la pulak. hinggalah pada tepat jam 12.00 malam nak masuk 15 hb. aku disuruh makan kenyang2 sebab aku akan masuk labour room, tapi aku tak sakit pun. aku sms suami aku dah nak masuk labour room dan2 tu juga dia mai.jam 3 pagi aku disuruh masuk ke labour room. aku masih segar dan tak de la rasa sakit2. aku rasa ada kot 4 orang yang masuk labour room tu dah bersalin aku ni masih macam tunggul. masa tu macam2 la aku dengar orang lain menahan sakit,lucu pun ada takut pun ada. sampai la jam 7 pagi aku takde rasa pape pun last2 nurse terpaksa la masukkan air dalam badan aku paksa bagi bersalin juga. lama juga aku kat situ sampai suami mintak izin masuk tengok aku. waktu tu aku betul2 sakit tapi aku dah lemah rasanya macam nak mati ja. tapi akhirnya jam 11.30pagi aku selamat melahirkan seorang lagi putera seberat 2.9kg. sempat kulihat suami yang juga turut berpeluh melihat keadaanku menitiskan air mata tanda gembira. sayang juga dia kat aku...hehe..

MUHAMMAD DINIE AMIRULLAH

Inilah putera pertamaku. Dilahirkan di Hospital Daerah Teluk Intan pada 6 Mei 2006. saat melahirkan anakku ini penuh dengan kesedihan. sewaktu 5 bulan kandunganku aku telah dipostingkan ke satu daerah terpencil di sek keb pekan rabu, Teluk Intan Perak. tinggallah aku dengan 3 lagi rakan yang belum berkahwin (NoorAkmar Zainal Mokhtar, Zurita Zulkifli,Roslani Abd. Rahim). pada jam 10 malam, 5 Mei aku kusyuk la tengok tv dengan member2 serumah kebetulan cite orang bersalin lak. kawan2 aku tu usik la aku ntah2 malam ni aku bersalin. aku buat dono ja lah sebab tarikh jangka aku bersalin lambat lagi. tapi heran juga malam tu aku lapar bangat2 sampai habis makanan yang 2 hari member aku goreng aku perabis. habis ja tengok tv aku masuk bilik tido,entah rasa tak selesa lak, rasa resah semacam. kol 12 tak leh tido lagi,jap2 masuk tandas buang air. ingat dah ok pastu, tapi makin jadi2 lak. sampailah kol 3 aku tak dapat terlelap pun last skali aku kol mak kat kampung bagitau aku rasa sakit2. mak suruh aku cepat2 pi hospital. apa lagi aku terus sms kat suami aku dah sakit nak bersalin. nasiblah sampai ka tak sms tu sebab kawasan kampung suami aku tu susah dapat line. pastu aku kol kak ma kawan serumah aku tu, dia tido bilik atas bagitau aku dah sakit. apa lagi macam gempa bumi la kakak2 turun bawah nak bawak aku pi hospital. mula2 kami pi dulu klinik kesihatan kat kawasan kitaorang ni bagi salam dekat 10 kali takde sapa pun yang bangun last2 kami terus ja pi hospital dalam 20minit juga pejalanan tu. meredah ladang sawit dalam suasana sunyi sepi. dalam perjalanan suami sempat call tanya hal aku, aku sempat mintak maaf mana tau tu kali terakhir aku bercakap dengan suami. aku mintak dia doakan aku selamat melahirkan anak kami. pada masa tu suami dan ayahku dah pun bersiap nak bertolak mai Teluk Intan. sampai ja aku kat hospital kawan aku terus parking keta dia betul2 kat wad kecemasan, aku n kakak2 tu pun turun dengan beg baju aku. seorang pekerja kata kat kami wad bersalin di belakang bukan di sini. dengan malunya kami terus masuk dalam keta sambil gelak sampai nak terberanak rasanya. sampai ja aku kat wad bersalin aku diperiksa n sah la aku dah dekat2 nak bersalin. sempat lagi kakak2 tu pesan kat aku "masa hang tengah sakit tu doa la bagi kami cepat dapat jodoh". dengan Kuasa Tuhan yang Maha Penyayang aku selamat melahirkan anakku dengan mudah jam 9.30pagi. mendengar tangisan pertama ankkku aku mengalirkan air mata kegembiraan. siap ja anakku dimandikan aku ditolak ke wad lain. bila pintu dibuka aku nampak suami n ayahku sedang menunggu aku diluar. bukan main seronok lagi depa bila tengok anak n cucu depa tu lelaki.. hari kedua bila doktor check aku n anak sihat aku dibenarkan kua. apa lagi haritu juga kami bertolak balik perlis. Selepas 2 bulan berpantang di kampung bermulalah fasa baru dalam kehidupan aku bersama anak tanpa suami di sisi.


Inilah anak angkat merangkap budak yang selalu kena buli dulu. sekarang dah pandai main game ps2, banyak sangat bercakap, banyak sangat bertanya itu ini, dia suka sangat tengok cite katun wonderpets. oleh itu, dia ada lagu untuk mak2 angkat dia...cik ma, maklang ta n cik ani.


ANI....ITA....DAN MA, MA JUGA


WONDERFUL DATANG MEMBANTU..


KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT BILA BEKERJASAMA SEMUA JADI MUDAH..


APE YANG PENTING?(MAKLANG TA NYANYI)..KEJESAME...(SEMUA)


APE YANG PENTING? (ORANG YANG SAMA)...KEJESAME...(SEMUA)


YEA....WONDERFUL...YEA!

Monday, June 1, 2009

kita dan pengalaman

pengalaman adalah guru paling sejati.

pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

pengalaman mengajar kita mengenal diri dan insan lain.

pengalaman indah




tanggal 13 mac 2005 aku selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hati. walaupun langit tak selalunya cerah namun jika dah jodoh "tak lari gunung di kejar" kata pepatah orang lama. berderai air mata aku saat tu aku dapat memiliki insan yang sangat aku cintai.namun apakan daya walaupun kami dah pun bersatu aku terpaksa meneruskan cita-citaku yang belum kesampaian.aku terpaksa berjauhan dengan suami jadilah kami "percintaan jarak jauh". dalam kejauhan antara aku dan suami banyak mengajar aku erti berdikari. hidup sendiri membuatkan jiwa aku teruji dengan kesabaran dan kekuatan. hanya pada Tuhan aku memohon doa supaya jodoh kami berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.