Monday, July 27, 2009

MEMORI 2 HARI 1 MALAM

TARIKH : 18 Julai 2009
MASA : 7.30 pagi
DESTINASI : Cameron Highland n Tambun
BIL. AHLI : 90 orang termasuk guru n murid(2 buah bas tajaan JPN Perlis)
TEMPOH : 2 hari 1 malam
BAYARAN : RM50 seorang.
cepat2 naik...nak bertolak dah ni. ni lah pemandu n kolek bas terlatih yang dihantar oleh jabatan pendidikan utk bawak ahli2 rombongan ke Cameron Highland. kenapa si kolek masam aye? 000..rupanya kedua-dua depa ni berebut nak bawak bas.
di hentian R&R Gurun.

Tempat pertama yang kami singgah sebaik sampai ja kat bumi Cameron Highland. Inilah Honey Farm. ladang n tempat penghasilan madu lebah.


melawat ke "STRAWBERRY FARM".Inilah rupanya strawberry yang belum masak. untuk mendapatkan buah yang elok perlu penggunaan racun yang terbaik.

kalau mai ke strawberry farm ni tak sah la kalau tak pekena ais krim ni. memang best la.. yang depan tu ais krim strawberry coklat RM7.00 n yang belakang tu ais krim strawberry RM6.00. sedap...........

lihat lelaki berbaju ungu gelap tu, itulah orang kuat yang menganjurkan rombongan ni,
abang mi..

dari kiri, abang dinie, adik alia, adik ayoi n hafiz. abang cakap adik alia tu awek dia. pandai la budak2 sekarang ni..
dah puas keliling kat tempat ni kami terus lak p pasar malam kat Brincang...memang best la kat sini.banyak sangat barang yang nak beli. macam2 ada..murah sikit la dari tempat lain..rambang mata aku tengok semuanya nak beli.

setelah penat berjalan kat sekitar cameron sampailah kami kat tempat penginapan. Apartmen Lily. aku sekeluarga ditempatkan 1 rumah bersama 2 lagi keluarga rombangan. kiranya riuh rendah la malam tu dengan suara anak2. si abang tu siap merajuk xnak tido nak main dengan anak2 member aku.
TARIKH : 19 Julai 2009
MASA : 7.00 pagi
TEMPAT : Apartmen Lily, Tanah Rata

suasana pagi di Tanah Rata, Cameron Highland. sejuknya sampai ke tulang. nak mandi kenalah pakai air panas.

orang suruh kutip daun teh korang sibuk posing pahal? nilah ahli2 rombongan chek kiah semasa kat ladang teh Tanah Rata.

sempat berposing kat ladang tea.pastu pekena teh panas dengan harga rm 9.00 1 teko ada kot besar pot susu saiz kecil tu. sblum bertolak ke tambun sempat juga beli cenderamata kat situ.. kemudian destinasi terakhir buat kaum ibu n budak2 yang ada ibu membeli sayur n buah kat pasar Tanah Rata.

welcome to Lost World, Tambun...

seronok abang n adik main pasir. si abang la sibuk suruh tanam badan dia.

seronok sangat adik n abang mandi sampai merah2 biji mata... lepastu abang sibuk la nak makan. mak ai...harga makanan kat dalam ni punya la mahal. harga mee kicap RM4.00,buah tembikai potong kalau kat kampung RM1 kat sini RM 2. air mineral botol kecik tu mmg nampak sangat la melampau harganya sampai RM3.00. patut la sebelum masuk tu diaorang check dulu dalam beg kot ada bawak makanan luar. kalau nak mai sini kena la sediakan duit lebih.


Lastly, semuanya tido keletihan akibat perbuatan sendiri ter'over' sangat mandi n main. tiba kat sekolah kol 12.00malam.

TAMMAT
















Friday, July 17, 2009

LELAKI SEJATI

Bercakap tentang lelaki,semua wanita mempunyai impian mengenai lelaki idaman mereka. Pastilah lelaki yang diimpikan seorang lelaki gagah,hebat, penuh kasih sayang,penuh perhatian dan pengertian, sentiasa memahami apa yang wanita inginkan, bercakap penuh sopan dan berbicara romantis dan tidak kurang juga yang mengidamkan agar dikurniakan seorang yang kacak, tampan dan bergaya, kaya dan berharta dan berkedudukan serta pelbagai kategori lelaki yang diimpikan wanita. Bagi yang sedang mencari pasangan ,ia boleh dijadikan panduan dan untuk yang sudah memiliki lelaki idaman, bersyukurlah kerana Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada kita. siapapun dia pasangan kita, dia adalah yang terbaik selagi kita tahu menghargainya. Allah telah memberikan kita hati, maka dengan hati itulah kita berkasih sayang dan memupuk cinta.
Bacalah nasihat ini yang di petik dari majalah mingguan wanita menerusi ruangan " yang elok itu budi"....aku bertanya pada ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu? ibuku menjawab, Nak...Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang sekitarnya...Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tatapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat kerja,tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di balik itu....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabnya yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci , ttapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dia baca....
berdoalah kepada Allah agar pasangan kita adalah lelaki sejati seperti ini....

Tuesday, July 7, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN YANG LAMPAU

Time ni aku tengah sarat mengandung 8 bulan. apa nak jadi aku nak juga p konvo.yang terkilannya mak ayah aku tak dapat mai sebab kegawatan ekonomi yang melampau tika tu sebab aku belum lagi menerima gaji (baru posting) nasib la ada suami tersayang sponser perjalanan, sewa jubah n bayar gambar. aku sebak bila ada kat atas pentas tanpa kehadiran mak ayah sebab bagi aku depa yang patut terima diploma tu. semua tu hasih titik peluh mak ayah.
ingat lagi aku tiap2 kali konvokesyen MPIK aku n group koir mesti ada buat persembahan tapi masa aku lak terima diploma junior2 lak buat persembahan. aku tabik la kat junior2 sebab depa mmg ada grade muzik, kiranya persembahan band depa cam konsert bagai tapi xleh lawan kombinasi suara alto, suprano n bass koir senior la. pandai ja buat komen.


Sama2 berebut nak pegang diploma dengan suami. Dia pun antara yang layak menerima di hari tersebut. berkat dorongan dan sokongan beliau aku dapat menamatkan pangajian ini.


Bergambar bersama kali terakhir di majlis konvo. member2 yang berjaya terima diploma. dari depan kanan: aku di postingkan ke Perak n now kat Perlis, Mek Nor (penang-ikut suami) Kak Jah (Johor n now kat penang ikut suami), Sharifah Nor Adni(Perak), Chek Ros (Penang). Baris belakang kanan: Fauzi(Johor), Faez (Johor n now kat Pahang ikut isteri) Nazim (negeri 9, xdo ikot sapo2) Syed(Johor n now xdpt kesan sbb katanya dah bhenti keja) 2 org tak dapat hadir. 3 orang lg xlepas n kena mengulang.



KENANGAN INDAH DI MPIK

foto kenangan bersama member2 time kat Maktab Perguruan Ilmu Khas,KL. Budak2 kelas aku semuanya happy2 belaka lain dari yang lain..budak yang paling hantu si faiz n nazim lah. sunyi ja kalau xda depa 2 ni. ada ja lawak antarabangsa depa.sebab tu sampai la kami masih lagi berhubung. aku ingat lagi tiap2 hujung bulan time poket kering kita sama2 collect duit beli barang masak kat rumah sewa aku, kak jah n mek nor? bertungkus-lumus la kami bertiga masak makanan yang korang mengidam nak makan tu.melantak tahap gaban korang masa tu,kesian lak tengok. dah la mak pak jauh terpaksa la menumpang kasih kat kami ni..hehe.. korang ingat lagi tak waktu lacture bagi tugasan buat persembahan boria? apa kita buat? boleh lak buat nari tengo ramai2. aku ada lagi simpan cd tarian tengo kita yang ntahhapa2ntah tu. yang paling best nazim n faiz la bertengo sampai rambut palsu faiz yg ala2 pelakon korea tercabut. kenangan bersama korang memang terindah dan tak dapat aku lupakan. Faez dah kawin, ekau bilo lai nazim? xdo ko anak daro kek sekolah ekau tu? hehe.

rindu sangat nak jumpa hangpa semua....kelas kita ja yang pose cmni kan?1 n 2 n 3 n...(ayat En. Said) ingat lagi dak...? En. Jem yg cool, En. Mah n En. Yusri yang kelakar, Cik Edna yang bersuara suprano supranino n elnino..hehe. Puan Chin yang rasa nak terkencing ja bila kelas piano dia...en.Bong kesayangan ramai...rasa2 korang dia dah tukar ke belum hp dia tu...?

Thursday, July 2, 2009

BORIA YA RIBPO!

Dari kanan bawah; syabil, ikmal, aku, B-in,fairus, akmal,
baris tengah kanan;Idham(tukang karut @tukang mengarut), muhd akmal, zul, syafiq, farhan,amir, amirul, haikal n baris last tu faris n tengku.
kenangan bersama anak2 didikku semasa di pertandingan boria sempena karnival pendidikan pencegahan dadah peringkat kawasan kat SK Guar Jentik. walaupun kami sempat berlatih 2 minggu ja tapi dapat la tempat ke 3. banyak cabaran gak la nak latih depa ni. depa tau aku ni x garang buat slumber ayam depa ja waktu buat latihan. bukan depa yang hilang suara tapi aku, jenuh gak la nak menempik depa. kiranya bila time latih depa aku jadi sakit kepala tahap gaban lah. jadi hangin 1 badan. aku ugut depa kalau hari bertanding x dapat tempat 1,2 atau 3 depa balik jalan kaki,buat malu aku ja. apa lagi aku tengok bersemangat ja depa buat persembahan tapi ada yang lagi best jadi kami kalah kat situ. apa2 pun depa happy.

Wednesday, July 1, 2009

3 DARA PINGGITAN SKTT

Ni gaya posing ala2 model. waktu ni sekolah aku tengah berlangsungnya kejohanan sukan. aku ngan member aku dari kanan tu cik Rusninorliza, Kak Ti n aku (cik Idawati) opps.... puan idawati...hehe. kami kena bertugas sebagai pegawai sukan (penjaga masa).