Friday, May 7, 2010

yob balik perak


TARIKH: 1 Mei 2010
LOKASI: Lumut, Parit, Taiping Perak

petang sabtu, suami balik ja keja terus gerak ke lumut..sebab ada niat nak menziarahi xhousemate bersalin kat Parit. sampai lumut dah kul 8 lebih. bermalam n rehat di lumut malam tu. pagi esok baru gerak ke Parit.

ni la wanita yang telah menjadi ambulan semasa aku nak bersalin dulu.. kak ma.



agak lama di rumah kak ma, kami pun mohon berundur dulu sebab dah plan nak melawat zoo taiping jap bawak anak2 tgk menatang. sampai ja di zoo masing2 teruja... dapat ja naik keretapi lagi teruja...siap menempik n tak tau nak tgk mana satu.


adik ngan abang


abah beranikan diri bergambar dengan ular sawa. si adik dah gelisah takut ular









Thursday, November 19, 2009

Aktiviti Akhir Tahun

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009
TARIKH : 17 November 2009
para pelakon pentomen 'genggaman emas' arahan kak pinat.
tarian arab gabungan murid tahun 3,4,5 pimpinan aku..


tarian chicken dance murid tahun 1 pimpinan cik rusninorliza
tarian sireh pinang gabungan murid tahun 3,4 dan 5. pimpinan aku.











Friday, November 13, 2009

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Baru2 ni aku ngan suami ada la keja sikit kat Kangar. Dalam perjalanan tu aku buka la radio Kedah.fm. Pukul 2 waktu tu memang time ceramah agama. memang tertarik dengan ceramah tu kena pulak dengan penceramah yang agak kelakar slamber tu. ceramah tu berkisarkan tentang isu rumahtangga. Kata ustaz Allah menganugerahkan suami dan isteri sebagai 1 anugerah dan medan untuk melipat gandakan pahala tetapi apa yang terjadi sekarang 2 insan yang bernama suami dan isteri ini tidak menyedari bahawa setiap perbuatan yang dilakukan kepada pasangan masing2 akan mendapat pelbagai ganjaran yang Allah janjikan. kata Ustaz lagi apabila seseorang itu telah berkahwin maka dia telah dekat dengan syurga tetapi manusia juga ada sifat BODOH. Disebabkan sifat bodoh ini 2 insan ini banyak melakukan dosa. Contoh yang diberi seorang suami dikurniakan isteri yang baik,terang2 ja kalau si suami menjaga dan menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada isteri seadanya maka besar pahalanya tetapi apa yang terjadi? sifat bodoh yang ada pada si suami seperti berbuat maksiat maka telah hilang keistimewaan untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah. samalah juga dengan si isteri. Salah satu ganjaran yang diberi jika suami menggenggam tangan si isteri kata ustaz maka gugurlah dosa2 kecil si suami.
kata ustaz dalam ceramah itu lagi, si suami mudah masuk syurga jika:-
  • suami menerima kelebihan dan kekurangan isteri
  • menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami iaitu memberi nafkah zahir batin, menyediakan makan,minum dan tempat tinggal yang selesa.
  • menjaga kebajikan isteri dan anak2
  • melindungi isteri dan anak2
  • mendidik isteri dan anak2 menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
  • menjaga hati isteri

si isteri pula mudah masuk syurga jika:-

  • mentaati segala perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum
  • melayan suami secara first class
  • menjaga kehormatan diri dan maruah suami
  • menjaga anak2 dan harta benda suami

InsyaAllah kata ustaz jika kesemua itu dapat dilaksanakan rumahtangga akan aman dan diredhai Allah. dan jangan pula dicemari dengan kebodohan kerana sifat ini akan mendekatkan diri dengan Neraka Allah.

oleh itu, renung2kan dan selamat beramal.

Thursday, November 12, 2009

MASIH DI SINI

Assalamualaikum...huh lama benar la x kemaskini blog ni.. bukan pe ada masalah skit dengan wireless kat sekolah aku ni. tapi aku masih seperti dulu, masih di sini dengan suka duka kehidupan aku..

Monday, July 27, 2009

MEMORI 2 HARI 1 MALAM

TARIKH : 18 Julai 2009
MASA : 7.30 pagi
DESTINASI : Cameron Highland n Tambun
BIL. AHLI : 90 orang termasuk guru n murid(2 buah bas tajaan JPN Perlis)
TEMPOH : 2 hari 1 malam
BAYARAN : RM50 seorang.
cepat2 naik...nak bertolak dah ni. ni lah pemandu n kolek bas terlatih yang dihantar oleh jabatan pendidikan utk bawak ahli2 rombongan ke Cameron Highland. kenapa si kolek masam aye? 000..rupanya kedua-dua depa ni berebut nak bawak bas.
di hentian R&R Gurun.

Tempat pertama yang kami singgah sebaik sampai ja kat bumi Cameron Highland. Inilah Honey Farm. ladang n tempat penghasilan madu lebah.


melawat ke "STRAWBERRY FARM".Inilah rupanya strawberry yang belum masak. untuk mendapatkan buah yang elok perlu penggunaan racun yang terbaik.

kalau mai ke strawberry farm ni tak sah la kalau tak pekena ais krim ni. memang best la.. yang depan tu ais krim strawberry coklat RM7.00 n yang belakang tu ais krim strawberry RM6.00. sedap...........

lihat lelaki berbaju ungu gelap tu, itulah orang kuat yang menganjurkan rombongan ni,
abang mi..

dari kiri, abang dinie, adik alia, adik ayoi n hafiz. abang cakap adik alia tu awek dia. pandai la budak2 sekarang ni..
dah puas keliling kat tempat ni kami terus lak p pasar malam kat Brincang...memang best la kat sini.banyak sangat barang yang nak beli. macam2 ada..murah sikit la dari tempat lain..rambang mata aku tengok semuanya nak beli.

setelah penat berjalan kat sekitar cameron sampailah kami kat tempat penginapan. Apartmen Lily. aku sekeluarga ditempatkan 1 rumah bersama 2 lagi keluarga rombangan. kiranya riuh rendah la malam tu dengan suara anak2. si abang tu siap merajuk xnak tido nak main dengan anak2 member aku.
TARIKH : 19 Julai 2009
MASA : 7.00 pagi
TEMPAT : Apartmen Lily, Tanah Rata

suasana pagi di Tanah Rata, Cameron Highland. sejuknya sampai ke tulang. nak mandi kenalah pakai air panas.

orang suruh kutip daun teh korang sibuk posing pahal? nilah ahli2 rombongan chek kiah semasa kat ladang teh Tanah Rata.

sempat berposing kat ladang tea.pastu pekena teh panas dengan harga rm 9.00 1 teko ada kot besar pot susu saiz kecil tu. sblum bertolak ke tambun sempat juga beli cenderamata kat situ.. kemudian destinasi terakhir buat kaum ibu n budak2 yang ada ibu membeli sayur n buah kat pasar Tanah Rata.

welcome to Lost World, Tambun...

seronok abang n adik main pasir. si abang la sibuk suruh tanam badan dia.

seronok sangat adik n abang mandi sampai merah2 biji mata... lepastu abang sibuk la nak makan. mak ai...harga makanan kat dalam ni punya la mahal. harga mee kicap RM4.00,buah tembikai potong kalau kat kampung RM1 kat sini RM 2. air mineral botol kecik tu mmg nampak sangat la melampau harganya sampai RM3.00. patut la sebelum masuk tu diaorang check dulu dalam beg kot ada bawak makanan luar. kalau nak mai sini kena la sediakan duit lebih.


Lastly, semuanya tido keletihan akibat perbuatan sendiri ter'over' sangat mandi n main. tiba kat sekolah kol 12.00malam.

TAMMAT
















Friday, July 17, 2009

LELAKI SEJATI

Bercakap tentang lelaki,semua wanita mempunyai impian mengenai lelaki idaman mereka. Pastilah lelaki yang diimpikan seorang lelaki gagah,hebat, penuh kasih sayang,penuh perhatian dan pengertian, sentiasa memahami apa yang wanita inginkan, bercakap penuh sopan dan berbicara romantis dan tidak kurang juga yang mengidamkan agar dikurniakan seorang yang kacak, tampan dan bergaya, kaya dan berharta dan berkedudukan serta pelbagai kategori lelaki yang diimpikan wanita. Bagi yang sedang mencari pasangan ,ia boleh dijadikan panduan dan untuk yang sudah memiliki lelaki idaman, bersyukurlah kerana Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada kita. siapapun dia pasangan kita, dia adalah yang terbaik selagi kita tahu menghargainya. Allah telah memberikan kita hati, maka dengan hati itulah kita berkasih sayang dan memupuk cinta.
Bacalah nasihat ini yang di petik dari majalah mingguan wanita menerusi ruangan " yang elok itu budi"....aku bertanya pada ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu? ibuku menjawab, Nak...Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang sekitarnya...Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tatapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat disekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat kerja,tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di balik itu....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawabnya yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan....Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci , ttapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dia baca....
berdoalah kepada Allah agar pasangan kita adalah lelaki sejati seperti ini....

Tuesday, July 7, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN YANG LAMPAU

Time ni aku tengah sarat mengandung 8 bulan. apa nak jadi aku nak juga p konvo.yang terkilannya mak ayah aku tak dapat mai sebab kegawatan ekonomi yang melampau tika tu sebab aku belum lagi menerima gaji (baru posting) nasib la ada suami tersayang sponser perjalanan, sewa jubah n bayar gambar. aku sebak bila ada kat atas pentas tanpa kehadiran mak ayah sebab bagi aku depa yang patut terima diploma tu. semua tu hasih titik peluh mak ayah.
ingat lagi aku tiap2 kali konvokesyen MPIK aku n group koir mesti ada buat persembahan tapi masa aku lak terima diploma junior2 lak buat persembahan. aku tabik la kat junior2 sebab depa mmg ada grade muzik, kiranya persembahan band depa cam konsert bagai tapi xleh lawan kombinasi suara alto, suprano n bass koir senior la. pandai ja buat komen.


Sama2 berebut nak pegang diploma dengan suami. Dia pun antara yang layak menerima di hari tersebut. berkat dorongan dan sokongan beliau aku dapat menamatkan pangajian ini.


Bergambar bersama kali terakhir di majlis konvo. member2 yang berjaya terima diploma. dari depan kanan: aku di postingkan ke Perak n now kat Perlis, Mek Nor (penang-ikut suami) Kak Jah (Johor n now kat penang ikut suami), Sharifah Nor Adni(Perak), Chek Ros (Penang). Baris belakang kanan: Fauzi(Johor), Faez (Johor n now kat Pahang ikut isteri) Nazim (negeri 9, xdo ikot sapo2) Syed(Johor n now xdpt kesan sbb katanya dah bhenti keja) 2 org tak dapat hadir. 3 orang lg xlepas n kena mengulang.