Friday, November 13, 2009

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Baru2 ni aku ngan suami ada la keja sikit kat Kangar. Dalam perjalanan tu aku buka la radio Kedah.fm. Pukul 2 waktu tu memang time ceramah agama. memang tertarik dengan ceramah tu kena pulak dengan penceramah yang agak kelakar slamber tu. ceramah tu berkisarkan tentang isu rumahtangga. Kata ustaz Allah menganugerahkan suami dan isteri sebagai 1 anugerah dan medan untuk melipat gandakan pahala tetapi apa yang terjadi sekarang 2 insan yang bernama suami dan isteri ini tidak menyedari bahawa setiap perbuatan yang dilakukan kepada pasangan masing2 akan mendapat pelbagai ganjaran yang Allah janjikan. kata Ustaz lagi apabila seseorang itu telah berkahwin maka dia telah dekat dengan syurga tetapi manusia juga ada sifat BODOH. Disebabkan sifat bodoh ini 2 insan ini banyak melakukan dosa. Contoh yang diberi seorang suami dikurniakan isteri yang baik,terang2 ja kalau si suami menjaga dan menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada isteri seadanya maka besar pahalanya tetapi apa yang terjadi? sifat bodoh yang ada pada si suami seperti berbuat maksiat maka telah hilang keistimewaan untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah. samalah juga dengan si isteri. Salah satu ganjaran yang diberi jika suami menggenggam tangan si isteri kata ustaz maka gugurlah dosa2 kecil si suami.
kata ustaz dalam ceramah itu lagi, si suami mudah masuk syurga jika:-
  • suami menerima kelebihan dan kekurangan isteri
  • menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami iaitu memberi nafkah zahir batin, menyediakan makan,minum dan tempat tinggal yang selesa.
  • menjaga kebajikan isteri dan anak2
  • melindungi isteri dan anak2
  • mendidik isteri dan anak2 menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
  • menjaga hati isteri

si isteri pula mudah masuk syurga jika:-

  • mentaati segala perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum
  • melayan suami secara first class
  • menjaga kehormatan diri dan maruah suami
  • menjaga anak2 dan harta benda suami

InsyaAllah kata ustaz jika kesemua itu dapat dilaksanakan rumahtangga akan aman dan diredhai Allah. dan jangan pula dicemari dengan kebodohan kerana sifat ini akan mendekatkan diri dengan Neraka Allah.

oleh itu, renung2kan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment