Tuesday, June 30, 2009

CINTA





CINTA IBARAT AIR,
KASIH SAYANG UMPAMA AIR,
SETIAP ORANG MENDAHAGAKANNYA
TETAPI ANDA BOLEH LEMAS
JIKA CINTA DIJALIN UMPAMA AIR LAUTAN

LAGI2 MAJLIS KAWIN

ni plak majlis perkahwinan
member zaman sekolah rendah aku. pizah (anak maklang) ngan wan (budak melaka).SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

Wednesday, June 24, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN

pada 06.06.09 haritu kawan baik aku n suami zarul nizam @ adik mat telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanie dari penang(kawan seuniversiti dia dulu kat uum). untung la si wanie tu dapat adik mat..sekenal aku la adik mat ni la satu2nya lelaki yang baik dari zaman sekolah dulu sampai la ni.xpenah ada girlfriend, xpenah sakitkan hati orang,xpenah kacau orang n xambik tau hal2 orang.MOGA JODOH KALIAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT.



Tuesday, June 23, 2009

ABAH DINIE & ADIK AYOI

PEKERJA TEKUN NI LA ABAH DINIE N ADIK AYOI.
SELAMAT HARI BAPA BUAT SUAMI TERSAYANG. TERIMA KASIH KERANA MENJADI ABAH YANG PENYAYANG BUAT ANAK2 KITA. JADILAH ABAH YANG HEBAT BIAR ANAK2 TERTAMBAT.

SELAMAT HARI BAPA

gambar di sebelah kanan tu la my hero dunia akhirat. ayah aku la tu masa dia zaman teruna. ayah aku tu seorang yang garang gila gua cakap lu..waktu aku kecik2 dulu la tapi karang ni dak dah..aku sayang bangat ayah aku, bila aku ingat ayah je rasa sebak tetiba. dulu sebelum aku lahir ayah aku masuk askar wataniah bila tok wan aku sakit ja ayah aku tak jadi sambung lalu brhenti ja. pastu mula la hidup dia keja sebagai pekerja buruh binaan. walaupun waktu tu gaji ayah tak seberapa tapi dia masih mampu lagi nak tunaikan permintaan aku.maklum la anak aku ni anak pertama mintak apa pun mesti dapat. sampai la sekarang dia masih lagi keja bidang tu tapi naik sikit la pangat jadi tukang rumah. kalau orang nak buat rumah ka nak tambah rumah ka depa mai la cari ayah aku. macam2 peristiwa menyedihkan berlaku. ada 1 masa ayah aku balik rumah dengan kepala berdarah terjatuh dari alang kena paku, kaki luka, tangan bengkak sebab terjatuh alang tapi ayah tetap sabar cari rezeki untuk kami terus sekolah. ayah harapkan aku jadi seorang guru,dan aku nekad aku akan jadi apa yang ayah mau .hasil dari titik peluh ayah yang penuh berkat aku dah pun dapat jadi apa yang ayah cita2kan. TERIMA KASIH AYAH. SEMOGA AYAH SIHAT DAN DIPANJANGKAN UMUR.

Friday, June 19, 2009

SEPETANG DI TASIK MELATI


satu hari anak aku si abang tu sibuk la nak naik bot.Jadi hari tu abah dia pun ajak la pi Tasik Melati naik bot yang kayuh tu. bukan main seronok lagi depa tu nak naik bot mesti abang ngan adik dok terbayang naik bot besar cam dalam tv tu. sampai ja kat tasik masing2 dah xsabar2 nak naik bot.si abang la yang teruja sangat tu sampai nak nangis2 tengok bot dah habis. dapat ja naik bot apa lagi mula la aku n abah dia mengayuh, asal berhenti ja si abang marah"angan la enti, ayuh agi abah" apa lagi nak jaga hati si anak2 abah ngan ibu depa la kena ikut. si adik tu dalam 5 minit ia rileks ja,mau ja dok diam sebab adik memang tak pernah dok diam. aku ngan hubby cakap la yang boleh la kita naik lagi pasni dah adik mau dok diam. habis ja ayat terakhir tu terus dia gelisah dah nak bangun. jenuh berkayuh kami nak cukupkan 30 minit.tapi apa yang penting "kejesame". hehe. yang penting adik ayoi n abang dinie happy.





Thursday, June 18, 2009

CIPTAANKU


LIRIK LAGU INI KHAS UNTUK INSAN TERSAYANG...
kita bertemu tanpa diduga
dalam kekurangan kita bercinta..
kau dan aku saling memerlukan
untuk melupakan cinta yang lalu...
dalam kecewa kita mencuba
menerima takdirnya..
kadang terlupa ada yang terkilan
namun hidup mesti diteruskan...
kini..kau dan aku telah disatukan
biarpun pengalaman menjadi pengajaran..
lumrah hidup kita ada derita sebelum bahagia..
padaMu Tuhan aku memohon
satukan hati kami berdua
agar sinar bahagiakan kembali...
dicipta oleh : e-da