Monday, July 27, 2009

MEMORI 2 HARI 1 MALAM

TARIKH : 18 Julai 2009
MASA : 7.30 pagi
DESTINASI : Cameron Highland n Tambun
BIL. AHLI : 90 orang termasuk guru n murid(2 buah bas tajaan JPN Perlis)
TEMPOH : 2 hari 1 malam
BAYARAN : RM50 seorang.
cepat2 naik...nak bertolak dah ni. ni lah pemandu n kolek bas terlatih yang dihantar oleh jabatan pendidikan utk bawak ahli2 rombongan ke Cameron Highland. kenapa si kolek masam aye? 000..rupanya kedua-dua depa ni berebut nak bawak bas.
di hentian R&R Gurun.

Tempat pertama yang kami singgah sebaik sampai ja kat bumi Cameron Highland. Inilah Honey Farm. ladang n tempat penghasilan madu lebah.


melawat ke "STRAWBERRY FARM".Inilah rupanya strawberry yang belum masak. untuk mendapatkan buah yang elok perlu penggunaan racun yang terbaik.

kalau mai ke strawberry farm ni tak sah la kalau tak pekena ais krim ni. memang best la.. yang depan tu ais krim strawberry coklat RM7.00 n yang belakang tu ais krim strawberry RM6.00. sedap...........

lihat lelaki berbaju ungu gelap tu, itulah orang kuat yang menganjurkan rombongan ni,
abang mi..

dari kiri, abang dinie, adik alia, adik ayoi n hafiz. abang cakap adik alia tu awek dia. pandai la budak2 sekarang ni..
dah puas keliling kat tempat ni kami terus lak p pasar malam kat Brincang...memang best la kat sini.banyak sangat barang yang nak beli. macam2 ada..murah sikit la dari tempat lain..rambang mata aku tengok semuanya nak beli.

setelah penat berjalan kat sekitar cameron sampailah kami kat tempat penginapan. Apartmen Lily. aku sekeluarga ditempatkan 1 rumah bersama 2 lagi keluarga rombangan. kiranya riuh rendah la malam tu dengan suara anak2. si abang tu siap merajuk xnak tido nak main dengan anak2 member aku.
TARIKH : 19 Julai 2009
MASA : 7.00 pagi
TEMPAT : Apartmen Lily, Tanah Rata

suasana pagi di Tanah Rata, Cameron Highland. sejuknya sampai ke tulang. nak mandi kenalah pakai air panas.

orang suruh kutip daun teh korang sibuk posing pahal? nilah ahli2 rombongan chek kiah semasa kat ladang teh Tanah Rata.

sempat berposing kat ladang tea.pastu pekena teh panas dengan harga rm 9.00 1 teko ada kot besar pot susu saiz kecil tu. sblum bertolak ke tambun sempat juga beli cenderamata kat situ.. kemudian destinasi terakhir buat kaum ibu n budak2 yang ada ibu membeli sayur n buah kat pasar Tanah Rata.

welcome to Lost World, Tambun...

seronok abang n adik main pasir. si abang la sibuk suruh tanam badan dia.

seronok sangat adik n abang mandi sampai merah2 biji mata... lepastu abang sibuk la nak makan. mak ai...harga makanan kat dalam ni punya la mahal. harga mee kicap RM4.00,buah tembikai potong kalau kat kampung RM1 kat sini RM 2. air mineral botol kecik tu mmg nampak sangat la melampau harganya sampai RM3.00. patut la sebelum masuk tu diaorang check dulu dalam beg kot ada bawak makanan luar. kalau nak mai sini kena la sediakan duit lebih.


Lastly, semuanya tido keletihan akibat perbuatan sendiri ter'over' sangat mandi n main. tiba kat sekolah kol 12.00malam.

TAMMAT
















4 comments:

  1. seronok la depa leh p melancong

    ReplyDelete
  2. besor-besor dah anak engko yek.. cepat betul la ko proses hehe.. bahgia benor aku nengok..biler nak jumpe bdak2 maktab wei???

    ReplyDelete
  3. wei kawan - kawan hantaq lah news kat akak hajjahafandy@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. wei takde news baru ke? Selamat Hari Raye Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete