
CINTA IBARAT AIR,
pada 06.06.09 haritu kawan baik aku n suami zarul nizam @ adik mat telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanie dari penang(kawan seuniversiti dia dulu kat uum). untung la si wanie tu dapat adik mat..sekenal aku la adik mat ni la satu2nya lelaki yang baik dari zaman sekolah dulu sampai la ni.xpenah ada girlfriend, xpenah sakitkan hati orang,xpenah kacau orang n xambik tau hal2 orang.MOGA JODOH KALIAN BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT.
rja buruh binaan. walaupun waktu tu gaji ayah tak seberapa tapi dia masih mampu lagi nak tunaikan permintaan aku.maklum la anak aku ni anak pertama mintak apa pun mesti dapat. sampai la sekarang dia masih lagi keja bidang tu tapi naik sikit la pangat jadi tukang rumah. kalau orang nak buat rumah ka nak tambah rumah ka depa mai la cari ayah aku. macam2 peristiwa menyedihkan berlaku. ada 1 masa ayah aku balik rumah dengan kepala berdarah terjatuh dari alang kena paku, kaki luka, tangan bengkak sebab terjatuh alang tapi ayah tetap sabar cari rezeki untuk kami terus sekolah. ayah harapkan aku jadi seorang guru,dan aku nekad aku akan jadi apa yang ayah mau .hasil dari titik peluh ayah yang penuh berkat aku dah pun dapat jadi apa yang ayah cita2kan. TERIMA KASIH AYAH. SEMOGA AYAH SIHAT DAN DIPANJANGKAN UMUR.




inilah adik @Ayoi. sentiasa ceria dan aktif. dilahirkan Di Hospital Tengku Fauziah pada 15 Januari 2008. kalau bercerita tentang pengalaman bersalin adik lak memang banyak bezanya dengan abang. adik ni susah sikit sampai kena paksa baru nak kua agaknya dia suka dok kat dalam perut lagi la kan...13 Januari aku dah turun tanda pastu terus pi check klinik apa lagi kena la bawak aku pi hospital naik ambulans. bukannya sakit pun tapi ambulans tu bawak laju sangat macam dah kritikal sangat. nak tergelak pun ada bila tengok kereta2 yang dengar siren ambulans semuanya cepat2 ketepi jalan. sampai ja kat wad aku diperiksa. aku langsung tak sakit. 2 hari aku makan tido kat wad jadi boring la pulak. hinggalah pada tepat jam 12.00 malam nak masuk 15 hb. aku disuruh makan kenyang2 sebab aku akan masuk labour room, tapi aku tak sakit pun. aku sms suami aku dah nak masuk labour room dan2 tu juga dia mai.jam 3 pagi aku disuruh masuk ke labour room. aku masih segar dan tak de la rasa sakit2. aku rasa ada kot 4 orang yang masuk labour room tu dah bersalin aku ni masih macam tunggul. masa tu macam2 la aku dengar orang lain menahan sakit,lucu pun ada takut pun ada. sampai la jam 7 pagi aku takde rasa pape pun last2 nurse terpaksa la masukkan air dalam badan aku paksa bagi bersalin juga. lama juga aku kat situ sampai suami mintak izin masuk tengok aku. waktu tu aku betul2 sakit tapi aku dah lemah rasanya macam nak mati ja. tapi akhirnya jam 11.30pagi aku selamat melahirkan seorang lagi putera seberat 2.9kg. sempat kulihat suami yang juga turut berpeluh melihat keadaanku menitiskan air mata tanda gembira. sayang juga dia kat aku...hehe.. 
Inilah putera pertamaku. Dilahirkan di Hospital Daerah Teluk Intan pada 6 Mei 2006. saat melahirkan anakku ini penuh dengan kesedihan. sewaktu 5 bulan kandunganku aku telah dipostingkan ke satu daerah terpencil di sek keb pekan rabu, Teluk Intan Perak. tinggallah aku dengan 3 lagi rakan yang belum berkahwin (NoorAkmar Zainal Mokhtar, Zurita Zulkifli,Roslani Abd. Rahim). pada jam 10 malam, 5 Mei aku kusyuk la tengok tv dengan member2 serumah kebetulan cite orang bersalin lak. kawan2 aku tu usik la aku ntah2 malam ni aku bersalin. aku buat dono ja lah sebab tarikh jangka aku bersalin lambat lagi. tapi heran juga malam tu aku lapar bangat2 sampai habis makanan yang 2 hari member aku goreng aku perabis. habis ja tengok tv aku masuk bilik tido,entah rasa tak selesa lak, rasa resah semacam. kol 12 tak leh tido lagi,jap2 masuk tandas buang air. ingat dah ok pastu, tapi makin jadi2 lak. sampailah kol 3 aku tak dapat terlelap pun last skali aku kol mak kat kampung bagitau aku rasa sakit2. mak suruh aku cepat2 pi hospital. apa lagi aku terus sms kat suami aku dah sakit nak bersalin. nasiblah sampai ka tak sms tu sebab kawasan kampung suami aku tu susah dapat line. pastu aku kol kak ma kawan serumah aku tu, dia tido bilik atas bagitau aku dah sakit. apa lagi macam gempa bumi la kakak2 turun bawah nak bawak aku pi hospital. mula2 kami pi dulu klinik kesihatan kat kawasan kitaorang ni bagi salam dekat 10 kali takde sapa pun yang bangun last2 kami terus ja pi hospital dalam 20minit juga pejalanan tu. meredah ladang sawit dalam suasana sunyi sepi. dalam perjalanan suami sempat call tanya hal aku, aku sempat mintak maaf mana tau tu kali terakhir aku bercakap dengan suami. aku mintak dia doakan aku selamat melahirkan anak kami. pada masa tu suami dan ayahku dah pun bersiap nak bertolak mai Teluk Intan. sampai ja aku kat hospital kawan aku terus parking keta dia betul2 kat wad kecemasan, aku n kakak2 tu pun turun dengan beg baju aku. seorang pekerja kata kat kami wad bersalin di belakang bukan di sini. dengan malunya kami terus masuk dalam keta sambil gelak sampai nak terberanak rasanya. sampai ja aku kat wad bersalin aku diperiksa n sah la aku dah dekat2 nak bersalin. sempat lagi kakak2 tu pesan kat aku "masa hang tengah sakit tu doa la bagi kami cepat dapat jodoh". dengan Kuasa Tuhan yang Maha Penyayang aku selamat melahirkan anakku dengan mudah jam 9.30pagi. mendengar tangisan pertama ankkku aku mengalirkan air mata kegembiraan. siap ja anakku dimandikan aku ditolak ke wad lain. bila pintu dibuka aku nampak suami n ayahku sedang menunggu aku diluar. bukan main seronok lagi depa bila tengok anak n cucu depa tu lelaki.. hari kedua bila doktor check aku n anak sihat aku dibenarkan kua. apa lagi haritu juga kami bertolak balik perlis. Selepas 2 bulan berpantang di kampung bermulalah fasa baru dalam kehidupan aku bersama anak tanpa suami di sisi.Inilah anak angkat merangkap budak yang selalu kena buli dulu. sekarang dah pandai main game ps2, banyak sangat bercakap, banyak sangat bertanya itu ini, dia suka sangat tengok cite katun wonderpets. oleh itu, dia ada lagu untuk mak2 angkat dia...cik ma, maklang ta n cik ani.
ANI....ITA....DAN MA, MA JUGA
WONDERFUL DATANG MEMBANTU..
KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT BILA BEKERJASAMA SEMUA JADI MUDAH..
APE YANG PENTING?(MAKLANG TA NYANYI)..KEJESAME...(SEMUA)
APE YANG PENTING? (ORANG YANG SAMA)...KEJESAME...(SEMUA)
YEA....WONDERFUL...YEA!


Setiap hari semestinya ada kenangan dalam hidup kita... samada pahit,manis,suam-suam ataupun masam... setiap kenangan itu datang dan pergi begitu saja.. apabila terkenang masa lampau Kenangan itu datang lalu Mengusik Jiwa