Wednesday, June 17, 2009

MUHAMMAD DINIE AMIRULLAH

Inilah putera pertamaku. Dilahirkan di Hospital Daerah Teluk Intan pada 6 Mei 2006. saat melahirkan anakku ini penuh dengan kesedihan. sewaktu 5 bulan kandunganku aku telah dipostingkan ke satu daerah terpencil di sek keb pekan rabu, Teluk Intan Perak. tinggallah aku dengan 3 lagi rakan yang belum berkahwin (NoorAkmar Zainal Mokhtar, Zurita Zulkifli,Roslani Abd. Rahim). pada jam 10 malam, 5 Mei aku kusyuk la tengok tv dengan member2 serumah kebetulan cite orang bersalin lak. kawan2 aku tu usik la aku ntah2 malam ni aku bersalin. aku buat dono ja lah sebab tarikh jangka aku bersalin lambat lagi. tapi heran juga malam tu aku lapar bangat2 sampai habis makanan yang 2 hari member aku goreng aku perabis. habis ja tengok tv aku masuk bilik tido,entah rasa tak selesa lak, rasa resah semacam. kol 12 tak leh tido lagi,jap2 masuk tandas buang air. ingat dah ok pastu, tapi makin jadi2 lak. sampailah kol 3 aku tak dapat terlelap pun last skali aku kol mak kat kampung bagitau aku rasa sakit2. mak suruh aku cepat2 pi hospital. apa lagi aku terus sms kat suami aku dah sakit nak bersalin. nasiblah sampai ka tak sms tu sebab kawasan kampung suami aku tu susah dapat line. pastu aku kol kak ma kawan serumah aku tu, dia tido bilik atas bagitau aku dah sakit. apa lagi macam gempa bumi la kakak2 turun bawah nak bawak aku pi hospital. mula2 kami pi dulu klinik kesihatan kat kawasan kitaorang ni bagi salam dekat 10 kali takde sapa pun yang bangun last2 kami terus ja pi hospital dalam 20minit juga pejalanan tu. meredah ladang sawit dalam suasana sunyi sepi. dalam perjalanan suami sempat call tanya hal aku, aku sempat mintak maaf mana tau tu kali terakhir aku bercakap dengan suami. aku mintak dia doakan aku selamat melahirkan anak kami. pada masa tu suami dan ayahku dah pun bersiap nak bertolak mai Teluk Intan. sampai ja aku kat hospital kawan aku terus parking keta dia betul2 kat wad kecemasan, aku n kakak2 tu pun turun dengan beg baju aku. seorang pekerja kata kat kami wad bersalin di belakang bukan di sini. dengan malunya kami terus masuk dalam keta sambil gelak sampai nak terberanak rasanya. sampai ja aku kat wad bersalin aku diperiksa n sah la aku dah dekat2 nak bersalin. sempat lagi kakak2 tu pesan kat aku "masa hang tengah sakit tu doa la bagi kami cepat dapat jodoh". dengan Kuasa Tuhan yang Maha Penyayang aku selamat melahirkan anakku dengan mudah jam 9.30pagi. mendengar tangisan pertama ankkku aku mengalirkan air mata kegembiraan. siap ja anakku dimandikan aku ditolak ke wad lain. bila pintu dibuka aku nampak suami n ayahku sedang menunggu aku diluar. bukan main seronok lagi depa bila tengok anak n cucu depa tu lelaki.. hari kedua bila doktor check aku n anak sihat aku dibenarkan kua. apa lagi haritu juga kami bertolak balik perlis. Selepas 2 bulan berpantang di kampung bermulalah fasa baru dalam kehidupan aku bersama anak tanpa suami di sisi.


Inilah anak angkat merangkap budak yang selalu kena buli dulu. sekarang dah pandai main game ps2, banyak sangat bercakap, banyak sangat bertanya itu ini, dia suka sangat tengok cite katun wonderpets. oleh itu, dia ada lagu untuk mak2 angkat dia...cik ma, maklang ta n cik ani.


ANI....ITA....DAN MA, MA JUGA


WONDERFUL DATANG MEMBANTU..


KAMI TAK BESAR DAN KAMI TAK KUAT BILA BEKERJASAMA SEMUA JADI MUDAH..


APE YANG PENTING?(MAKLANG TA NYANYI)..KEJESAME...(SEMUA)


APE YANG PENTING? (ORANG YANG SAMA)...KEJESAME...(SEMUA)


YEA....WONDERFUL...YEA!

No comments:

Post a Comment